Sunday, September 13, 2009

Anjakan Paradigma

Semalam saya sempat berjumpa dengan seorang senior sekolah yang sudah graduated. Dia sempat mengadu masalah dan pengalamannya semasa belajar. Semoga ia menjadi pengajaran pada saya dan kita semua…


"……Abang tak minat membaca. Ini merupakan antara punca abang segan nak bergaul dengan kawan-kawan di universiti yang kebanyakannya lantang bersuara semasa berada dalam ‘kandang’ Universiti "

(p/s: sedar tak, ini antara punca pelajar salah pilih kawan. Dia takut berkawan dengan orang hebat, sebaliknya lebih selesa memilih kawan yang hidup dalam ‘Lala Land’.)

"…. Abang pernah cuba pupuk minat untuk membaca namun tak pernah berjaya .Sekarang ni, abang rasa takut untuk berhadapan dengan sebarang pekerjaan yang memerlukan kemahiran ni.."

Selepas berfikir sejenak, sambil mengacau kopi Radix yang dibancuh, saya menjawab,

"Bagus kalau abang ada memiliki rasa dan takut untuk menghadapi alam pekerjaan disebabkan ilmu yang kurang akibat kurang membaca..." Saya teguk kopi sedikit sebelum meneruskan perbualan.

"Abang jangan risau. Setiap masalah mesti ada jalan keluar. Masih belum terlambat.."


Bila kita tidak yakin dengan diri sendiri ,ianya akan menimbulkan masalah lain, malah anda sukar untuk berkomunikasi dengan orang sekitar disebabkan kelemahan tersebut. Anda tahu apabila tamat dari pengajian, anda akan jadi seorang pengacara, wartawan atau pegawai perhubungan awam. Jika dilihat daripada bidang pekerjaan, ianya menjerumus kepada memerlukan seseorang itu luas pengetahuan.


Masalah yang dihadapi kini ialah kurang minat membaca. Minat membaca boleh dipupuk. Tanya pada diri hendak atau tidak. Kita perlu paksa minat kita (minat ni kita boleh paksa).

Bagaimana nak melaksanakannya?


Disini ada beberapa tips yang boleh saya kongsi dengan anda semua…:


1. Tentukan matlamat anda tentang ilmu apa yang ingin dimiliki. Jangan terlalu melihat pada satu-satu bahan bacaan sahaja.

2. Mula memaksa diri membeli bahan bacaan sama ada surat khabar, majalah ringan, novel dan buku pengetahuan (Jangan kedekut untuk membeli bahan bacaan)

3. Jangan terlalu memilih untuk membaca pada bahan yang kita gemari shj.

4. Uruskan masa, tetapkan dalam 1 hari, berapa banyak masa diperuntukkan untuk membaca.

5. Dekatkan diri anda dengan perpustakaan dan ’jinakkan’ diri dengan buku didalamnya.

6. Ulang setiap langkah ini sehingga menjadi sebagai budaya hidup anda (proses membudayakan minat).


"Macam payah je nak buat semua tu dik…" balas senior.

Sambil meneruskan kunyahan biskut terakhir, saya membalas, "Abang, setiap perkara yang baik memang dirasa sukar untuk dilakukan pada permulaan. Bila kejanggalan menjadi kebiasaan, semuanya akan menjadi mudah…."



Renung-renungkan dan selamat beramal.... 

2 comments:

  1. Pernah berbincang dengan kawan pasal baca. Kata saya, kita jadi tidak minat membaca kerana ia perbuatan pasif. Tiada susulan selepas itu.

    Cari kelompok yang suka membaca dan juga mendengar sinopsis bacaan kita. Wujudkan suasana aktif berbincang, ia akan mendorong kita untuk lebih suka baca.

    Salah lain ialah masyarakat yang tidak membudayakan. Mereka yang membaca dipandang ulat buku bukan cool. Padahal mereka yang suka membacalah paling cool, sebab dia mengikut arahan Al Quran, ujaan Nabi, dan masyarakat bertamadun.

    ReplyDelete
  2. Maaf, saya terlepas pandang akan komen ini.
    Respon yang bernas. Saya setuju dengan pandangan yang diberi.

    Membaca sangat cool!

    ReplyDelete